Latar Belakang – LagendaLagenda Popular mengenai asal usul bisaya seperti yang telah dinyatakan oleh Brewsher (1958), Sandin (1971) dan Hussain & Newman (1987) adalah seperti berikut;
Mengikut lagenda, sebuah keluarga migrasi telah menetap di utara pulau Borneo.Keluarga ini mempunyai 7 orang anak, 6 orang daripadanya adalah lelaki iaitu (Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Smaun atau Si Maun dan Alak Betata atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar) dan seorang daripadanya adalah perempuan (Siti Duyah or Duri or Bunga Sunting).Pertandingan lumba perahu digunakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Brunei.
Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu.Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammed, Sultan Brunei yang pertama.
Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja of Java’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya.Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Smaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.
Asal Usul BisayaBeberapa teori telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan penyelidik berhubung dengan asal perkataan Bisaya.
Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Sri Vijaya (Sonza, 1972).Bagaimanapun, pada tahun 1960, Eugene Vestralen ( A Professor of Linguistics, Universiti San Carlos, Cebu City) menegaskan bahawa asalan VIJAYA bukannya BISAYA tetapi BIDAYA atau BIRAYA.
Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya.
Derek Headly (1950) menyatakan lagenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.
Asal Keturunan BisayaSonza (1972) pernah bertanya “adakah masyarakat Bisaya yang menetap di Filipina berasal dari Borneo?” Persoalan ini dikaji beberapa tahun namun tiada jawapan yang tepat berhubung dengan persoalan ini.
Pada tahun 1970, dianggarkan terdapat lebih daripada 10 juta penduduk Bisaya yang menetap di Filipina berbanding dengan hanya 14 ribu penduduk Bisaya yang menetap di Sabah dan 3312 di Sarawak
(
This article was contributed by Mr. Joseph Blandoi, an admin. officer of SALCRA, Kuching. E-mail : jbland01@tm.net.my. It was extracted and summarised from Dr. Shafiq’s article in Sarawak Museum Journal by Ms Joan Alicia Blandoi. – webmaster
No comments:
Post a Comment