Sebelum aku membuka bicara,
ingin aku berpuisi dulu,
kalau suka kata suka,
ala..macam dulu-dulu..
Ini kisah bukan dibuat,
kisah-kisah jarang dikongsi,
kalau tuan tak ada ubat,
harap jangan lukakan lagi.
Bermulalah kisah jarang dikongsi..
Percintaan yang agung jarang ditemui..
tetapi inilah yang diinginkan oleh setiap pasangan kekasih..
Ingin ku letakkan diriku di dalam situasi ini..anggaplah aku karekter utama dalam kisah ini..
Sebelum hati mula terbuka, mata ku menjeling-jeling pada si dia..
mungkin dia memahami diriku..mungkin juga tidak..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..
tapi tak salah kalau kita juga berusaha..
itulah yang ku lakukan selama ini..
bermulanya perkenalan dari telefon bimbit dan akhirnya pertemuan antara muka..
mata ku memandang tepat pada matanya..wajahnya cuba ku amati..benar kata orang..dari mata turun ke hati..
selama perkenalan ku dengan si dia..banyak liku-liku kehidupan kami lalui..
dari saat gembira sampailah saat kecewa..
segalanya dikongsikan bersama..tak ada istilah menyembunyikan sesuatu di dalam perhubungan kami..
setelah setahun setengah berkenalan..bibit-bibit cinta mula berputik..masing-masing malu ingin memulakan bicara..
tetapi itulah lumrah manusia..
saat ku tiada..si dia mula mengatakan rindu pada ku..dari saat itu ku tahu bahawa benih cinta yang ku tanam selama ini dengan penuh kasih sayang mula tumbuh..
Ku memulakan bicara..tp dengan cara kurang romantik "Jum Couple"
ewah-ewah..tak romantik sungguh..tetapi si dia tetap menerimanya perlawaan ku..
selama lebih seminggu selepas memulakan alam percintaan..kami mula mengenali diri masing-masing. Setiap salah akan ditegur..apa yang dia tak suka..dia tegur..dan sebaliknya..
tetapi setelah hampir setahun kami bersama..awan yang dulunya cerah mula mendung..percintaan terlarang dihidu pihak ketiga..
macam-macam cemuhan ku terima..hampir satu-satu masa ingin sahaja ku gantung diriku supaya selesai semua masalah..tetapi si dia tetap berada di sisiku..setia memberi nasihat..tidak jemu-jemu memberi semangat pada diri ku..
Ya..ku seorang lelaki..tetapi tidak bermakna air mata tidak akan mengalir keluar dari kelopak mata ku..
setiap kali ku menerima panggilan..situasi yang sama akan berulang..
cemuhan dan larangan keras ku terima..tetapi ku cuba tabah menahan perhubungan yang telah terjalin lama..percintaan terlarang..percintaan yang tidak mendapat restu dari keluarga..
Dapat kah ku tempuh semua halangan ini..Dapat kah ku terima keputusan keluarga..
Itu cuma Tuhan sahaja yang tahu...Andai kata ku tewas dalam perjalanan ku mencari kebahagiaan..Aku tidak akan berdiri lagi..Biar perjalanan ku berhenti di situ..
Hati ku pula mungkin sudah tertutup untuk sesiapa pada masa itu..
Ku lagi rela membujang seumur hidup dari ku terus mempermainkan perasaan ku..
Akan ku cari kebahagiaan ku didalam dunia yang penuh palsu ini..
Perjalanan ku masih jauh dan penghujungnya mungkin tidak akan bahagia..
Ku sudah sedia terima semua akibat dari perbuatan ku...
Tuhan..Tabahkan Hatiku..
KISAH INI SAYA PETIK DARI SEBUAH KISAH BENAR DAN SAYA INGIN KONGSIKAN DENGAN ANDA ERTI CINTA SEBENAR INI..
ITU CERITA SEBENAR YANG SAYA DAPAT..BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA..SUDAHKAN ANDA MENEMUI CINTA YANG AGUNG??SANGGUPKAH ANDA LAKUKAN APA SAHAJA DAN SANGGUP TERIMA AKIBATNYA??
HANYA ANDA SAHAJA MAMPU MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT
hmm...saya memahaminya...
ReplyDeletewow..you mmg seorang yg berhati sensatif juga..hehe
ReplyDelete