Ya....World Cup kembali lagi..Seperti biasa..Semua orang akan mempunyai Team yang mereka suka..tapi saya tidak..
Memang saya sokong England..tapi saya lagi suka melihat cara permainan sesebuah pasukan dan bukan menyokong pasukan sebab saya suka..You Know what i mean??haha..
Dari pendapat yang saya kumpulkan dari semua orang..Ramai yang menyangkakan yang Brazil,Argentina,England ataupun Spain bakal merangkul Kejuaraan tahun ini..
Tetapi bagi saya..semua itu cuma cakap kosong..kenapa saya berkata demikian??
1.Memang team yang dinyatakan di atas mempunyai Players kelas dunia..
seperti Brazil..mereka mempunyai para pemain yang bermain di serata liga di seluruh
dunia..Semestinya mereka dikenali sebagai "Samba" kerana corak permainan mereka
yang lebih banyak menggunakan skill ataupun individual talent..Kaka semestinya
pemain yang paling digeruni oleh setiap penjaga gol kerana bakatnya yang
tersendiri.
2.England pula lebih kepada permainan fizikal mereka kerana saiz mereka yang ternyata
lebih besar daripada pemain dari negara lain. England cuma mempunyai midfield dan
penyerang yang baik, tetapi bahagian pertahanan yang sungguh longgar dan penjaga
gol yang selalunya membuat kesilapan. England sendiri mengakui bahawa mereka
kekurangan pemain di dalam posisi penjaga gol di dalam negara mereka. Dari segi
kawalan mental pula, pasukan England dikuatiri lebih terjebak di dalam kad kuning
dan kad merah kerana kekuatan mental mereka yang lemah.
3.Argentina pula lain kisahnya. Pemain sudah berbakat tetapi jurulatih mereka tidak
berbakat dalam menyusun strategi permainan. Memang diakui bahawa mereka mempunyai
pemain yang berbakat seperti Messi dan Mascherano, tetapi oleh kerana saiz fizikal
mereka yang kecil, adalah sukar untuk mereka mengambil peluang dari sepakan sudut
ataupun "corner" ...Tambahan pula permainan ini memerlukan kerja sama sebelas
pemain dan bukannya hanya satu pemain sahaja.
4.Spain juga menjadi negara yang dikatakan bakal merangkul kejuaraan dunia kali ini.
Ikon Spain seperti Fernando Torres dan Villa adalah salah satu kunci utama jikalau
spain ingin merangkul kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Tetapi apa yang
dirisaukan adalah di dalam bahagian pertahanan dan penjaga gol. Spain kurang
menyerlah di dalam posisi tersebut. Mereka lebih mengutamakan permainan pantas dan
"attacking football".
Itu adalah pendapat saya dari sudut 4 pasukan yang dilabelkan bakal merangkul kejuaraan pada kali ini.
Oops..saya belum habis lagi..masih ada lagi pasukan yang saya ingin senaraikan walaupun nampak seperti mustahil.
Algeria-Pemain yang berbadan tinggi dan besar.
-kawalan bola yang sungguh bagus.
-kerjasama pasukan yang sangat bagus.
-bermain ala-ala brazil dengan samba mereka.
-Penjaga gol yang sangat tangkas.
Italy -Pemain yang mempunyai banyak pengalaman.
-Strategi lebih kepada teknikal.
-Suka membiarkan mereka diserang tetapi semua pemain akan bertahan.
-Cepat bertindak untuk counter attack dan selalunya berjaya.
-Penjaga gol yang dilabel terbaik di dunia.
-semangat pasukan yang sungguh kuat.
-Kekuatan mental yang luar biasa
Mexico -Semestinya pemain mereka pantas dan sangat-sangat berkualiti di bahagian
midfield dan penyerang.
-Defender yang tidak takut untuk merampas bola dari pihak lawan.
USA -Pasukan yang sukar diduga.
-Seperti bermain cuma untuk suka-suka dan jarang menampilkan strategi utama.
-mempunyai pemain berbakat di bahagian midfield.
Pasukan tersebut merupakan pasukan underdog ataupun pasukan yang sukar diramal tetapi mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia.
Jadi itulah pendapat saya dan jangan lupa saksikan pasukan-pasukan yang saya senaraikan di dalam underdog tersebut..Sesungguhnya pasukan itu memang sungguh berbakat walaupun tidak dikenali di mata dunia..
Sama-sama kita saksikan World Cup 2010..
adious.. =)
huhuhu..aku tgok channel golf jak la..ngee~
ReplyDeletehua333..Golf WC
ReplyDeletehaha
Aku nangga Anime jak....ada World Cup ka nektok?? hahahah =P
ReplyDeletekah3..ade..germany ei
ReplyDelete