skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
Ajin
Blog ini dikhaskan untuk info-info dan bacaan umum sahaja. Segala isi di dalam blog ini mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak tetapi percayalah bahawa ianya bermanfaat untuk anda.
View my complete profile

Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  July (1)
  • ▼  2010 (20)
    • ▼  December (1)
      • Taib Kawin Lagi
    • ►  July (3)
      • Double Trouble Concert
      • Cerita Pasal BaBi
      • Cerita untuk test fikiran anda..
    • ►  June (16)
      • Music Fact..
      • Babulang Final Update
      • Mana Bezanya??
      • PERCINTAAN TERLARANG
      • Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Terbaik
      • Sejarah Masyarakat Bisaya
      • Sedarkah anda kaum HAWA??
      • Rahsia Wanita Pilihan Hati Lelaki
      • Fifa World Cup 2010
      • Bahayanya Bermain Bunga Api
      • Babulang Update
      • Sejarah Dan Pesta Babulang 2010
      • Blog Award
      • Kepada Pemandu Kenderaan..
      • Sate Jelajah Borneo

My Blog List

  • miss eats a lot
    Miss Eats-A-Lot - The pandemic caused a pause in everyone's life, with nothing for us left to do but to sit around for a while. No one was allowed to go out for work, ...
    2 years ago
  • Colourless Opinions
    The Future of ColourlessOpinions.com... - Why I've been less active and what to expect from this blog from now To those who've been following this website for years, you might have noticed that it...
    7 years ago
  • The Fabulous Biker Boys Blog
    Welcome to Fab-Biker PR - At Fab-Biker PR we've specialised in motorcycle public relations since 1996. In that time we've written hundreds of press releases that generated thousands...
    8 years ago
  • My LifE aS A TeEnAGEr
    Kericuhan Warnai Derby Turin, 11 Orang Terluka - Laga derby Turin antara Torino & Juventus diwarnai kericuhan. Kericuhan di dalam & luar stadion itu mengakibatkan 11 orang supporter terluka. Insiden per...
    10 years ago
  • gila makan
    Gyukingu Japanese BBQ - It was cousin Chew's birthday and he asked us out for dinner. Rightfully we should had treated the birthday boy to the meal. But he was the host instead, t...
    10 years ago
  • DRAMA HIDUP KU
    Review Raybestos 505-1303 Professional Grade Suspension Ball Joint - *Best Price Raybestos 505-1303 Professional Grade Suspension Ball Joint Reviews*Are you looking the best price for *Raybestos 505-1303 Professional Grade S...
    11 years ago
  • mienPHOtO
    emerging technology - what is EMERGING TECHNOLOGY for EDUCATIONS???
    11 years ago
  • Hazzy | Super Clumsy Girl
    DIY: Variasi Rak Buku - Sudut sempit selalu dianggap mustahil untuk dihias. Ramai beranggapan tiada satu pun idea sesuai untuk memenuhi ruang sempit supaya kelihatan cantik dan be...
    11 years ago
  • AJIN SAY WELCOME
    DSLR untuk info anda - Hello...setelah lama x berkarya...sekali lagi Ajin muncul.. Yes...utk hari ni..kita akan membincangkan tentang hobi yg semakin mendapat sambutan iaitu: Fot...
    14 years ago
  • 우린 서로 첫눈에 반했어요
    -
  • LET me THINK
    -
  • She is Seleucia Salim
    -
  • *my sweet escape*
    -
  • PIXELGRAFY
    -
  • ʚϊɞ Sakura さくら ʚϊɞ
    -
  • Free Blogger Templates Gallery
    -
  • c a r a m e l + c h e e s e
    -
  • Kcynodia
    -
  • ! Biskut Sarkas Blog !
    -

Followers

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Selamat Datang

Free For All To View
Powered by Blogger.

Labels

  • Football (1)
  • Sejarah dan Pesta Babulang 2010 (1)

Live Update

Search This Blog

AJIN SAY WELCOME

Sunday, December 19, 2010

Taib Kawin Lagi

Wah..sedar x sedar..
Ketua Menteri sarawak kawin lagi..
kali ni dengan perempuan dari lebanon pula..
multi racial la sarawak ni..hehe,,
ni la orang yang meneraju sarawak dengan sekian lama...
Setalah setahun hidup membujang akhirnya cintanya berputik kembali dengan wanita yang dikatakan dari Lebanon dalam usia 30an..
Perkahwinan dikatakan dijalankan private dan hanya kawan-kawan dan ahli keluarga sahaja yang dibenarkan datang..

Jadi..sama2 kita nantikan siapakah wanita terpenting sarawak tersebut..
=)

adious..hehe
Posted by Ajin at 7:32 AM 3 comments

Friday, July 23, 2010

Double Trouble Concert

Elo semua..lama ku x update blog ni sbab kehabisan barang cerita..

ni nak share something..

Konsert Double Trouble telah diadakan di limbang pada 23 julai 2010..

Band-band yang membuat persembahan adalah band Search dan Wings..Alah..senang cita..Awie dan Amy..

Kalau korang nak tgk video selanjutnya..adalah digalakkan untuk pergi ke laman FB..dan cari video saya post kat sana
=)

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=783414220

peace ya..

enjoy video yang sy record ni..

1st..dari Search..Isabella...betul x ka ejaan lagu tu..ah..hantam saja la..

http://www.facebook.com/video/?of=783414220#!/video/video.php?v=414045479220&subj=783414220

2nd dari Wings..

http://www.facebook.com/video/?of=783414220#!/video/video.php?v=414059579220&subj=783414220

sorry k..video terpaksa di view kat fb..susah nak upload sini..buat masalah dah uploader blog ni..hmm
Posted by Ajin at 7:43 PM 0 comments

Tuesday, July 13, 2010

Cerita Pasal BaBi

Subject
(-_-) cerita sang b*b*....

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti
ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah.
Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah
bertentangan. Dah
lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak
tu.. macam
pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi..
Babiiiiiiiii.......
Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi,
penunggang motosikal tu
pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak
kau!!!".."
Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu
dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman
tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu
terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar
oleh perempuan
tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu
bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat
depan....hehehehehehe

Posted by Ajin at 3:25 PM 1 comments

Saturday, July 3, 2010

Cerita untuk test fikiran anda..

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap
batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan
semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa
henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu
yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."



Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia
tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting
itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu
jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi
terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.



Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa
henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu
kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi
tempat pertama dalam perlumbaan itu.



Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang
dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh
manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus
mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama
mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa
mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya
seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang
berkaitan dengan seks....jangan la anda risau, sebab anda adalah seorang
yang normal..Jangan pikir 18SX je...
ANDA MACAM MANA? saya normal.....hehehee



Posted by Ajin at 6:30 AM 0 comments

Tuesday, June 29, 2010

Music Fact..


Elow lagi..
Munculnya saya disini semestinya berkongsi info-info penting untuk anda semua..

Topik kali ini agak unik sikit...Berkaitan dengan Muzik...

Memang tidak dapat disangsikan lagi bahawa muzik memainkan peranan yang penting didalam hidup kita..
Ianya dapat membentuk diri kita....maksud saya..muzik dapat membentuk personaliti kita...

Percaya atau tidak??

Cuba anda lihat muzik apa yang anda gemari dan lihat personaliti diri anda...sama atau tidak??

Contohnya...

Muzik Rock..
orang yang meminati muzik-muzik rock selalunya berjiwa menentang...berjiwa nak bebas..
ataupun berjiwa gelap..
gelap maksud saya adalah seorang yang tidak berperasaan ...seorang yang sangat berahsia..

Muzik Perlahan (Balada ataupun Soft Music)
orang yang mendengar muzik ini selalunya berjiwa sangat tenang..seorang yang sangat positif akal fikirannya..
tetapi kadang-kadang juga orang yang mendengar muzik jenis ini banyak kali terluka oleh orang lain..
orang yang mendengar muzik ini memang berjiwa romantik dan sangat-sangat memahami orang lain..


Muzik R&B
Nak dikatakan orang yang mengemari muzik ini adalah seorang yang enjoy..
bukan perwatakan mereka enjoy..tetapi mereka suka enjoy..contohnya suka pergi club atau mana-mana party..
Dia juga gemar menari kalau beramai-ramai..
hehehe..


Jadi kenapa saya memilih topik ini??
Inilah sebabnya..






Sebelum kita lahir lagi..kita dah mendengar banyak muzik semasa didalam kandungan ibu kita...
Tetapi kita akan respon dengan muzik kita suka sahaja..yang semestinya bukan rock..Selalunya Soft Music..
Percaya atau Tidak??
terpulanglah dengan anda..


Maksudnya..jikalau kita nak membentuk personaliti anak kita, kita perlu lah bagi mereka dengar lagu-lagu soft..supaya mereka dapat perwatakan yang ceria..dan bayi kita tidak di dalam keadaan yang stress..


Tapi itu cuma pendapat saya..Pendapat anda Bagaimana?? 



Posted by Ajin at 8:47 AM 0 comments

Friday, June 25, 2010

Babulang Final Update

Pesta Babulang akan disiarkan di Majalah 3 pada pukul 9.00pm di tv3
Sesiapa yang ingin menyaksikan Pesta Babulang..Sila tonton majalah 3 pada 26 june 2010.
pada pukul 9.00pm

Percayalah bahawa ianya berbaloi untuk disaksikan..

Rancangan :Majalah 3
Jam            :9.00pm
tv               :TV3
Tarikh       :26 jun 2010 
Posted by Ajin at 2:42 AM 2 comments

Thursday, June 24, 2010

Mana Bezanya??

Nak dikatakan topik ni memang sensatif..

Tapi ku tetap nak tulis juga..jadi kalau anda nak baca..PLEASE...sekali lagi..PLEASE
be open minded k..

Fikir dalam-dalam..Betul tak apa yg saya tulis ni..

OK..now ni ada kaitan dengan isu agama ni..so jangan marah ye..

dari dulu saya fikir barang ni tapi kenapa everytime saya explain..memang ada pihak yang tidak puas hati..or menyangkal sedangkan dia belum fikir lagi...

OK..ramai orang kata bahawa Islam dan Kristian berbeza...

biarkan saya mulakan bicara...

Nak senang cerita..kalau kita lihat Kitab Injil(Kristian) dan Al-Quran(Muslim)
memang awal-awalnya tiada beza..dari cerita pasal nabi Adam..Yang berbezanya hanya ada dekat semasa Nabi Isa(Jesus) di Salibkan..

Kalau tak percaya...please rujuk balik..

cuba anda lihat barang di bawah ni..Please explain our difference..


Apa yang cuba diberitahu oleh saya adalah..
Yes..Kristian mengikut ajaran nabi Isa manakala Muslim pula mengikut ajaran nabi Muhammad..
Siapa yang kita sembah?? Semestinya Tuhan ataupun dalam bahasa arabnya Allah..

Siapa kata kita berbeza??

Ya..kita cuma berbeza dari cara kita menyembah Tuhan ataupun Allah..Tetapi kita masih menyembah Tuhan yang sama...

Kenapa kita masih nak bermusuh-musuh??
Boleh dikatakan kita ni saudara yang beriman..saudara dalam nama Allah..
Tetapi kenapa masih ada lagi umat Kristian benci umat Islam dan mengapa masih ada lagi umat Islam benci umat Kristian??

Berbezakah kita??
Di mana bezanya kita??


Salah satu punca saya menulis topik ini adalah kerana saya sudah tidak tahan dengan kehidupan berpuak-puak masyarakat kita..Dimananya akal wahai orang yang mengaku diri mereka orang yang beriman??
Di mana akal yang Tuhan atau Allah berikan untuk anda??

Kenapa masing-masing nak kata agama orang lain salah..agama sesat??
Tuhan atau Allah langsung tidak pernah menyuruh kita mengadili agama orang lain apatah lagi untuk memburuk-burukkan agama orang lain.


Jadi sebelum anda bermusuh-musuh baik anda mula fikir benda yang saya katakan..
Gunalah akal yang Tuhan atau Allah telah berikan kepada anda semua..
Posted by Ajin at 4:50 AM 12 comments

Thursday, June 17, 2010

PERCINTAAN TERLARANG


Sebelum aku membuka bicara,
ingin aku berpuisi dulu,
kalau suka kata suka,
ala..macam dulu-dulu..

Ini kisah bukan dibuat,
kisah-kisah jarang dikongsi,
kalau tuan tak ada ubat,
harap jangan lukakan lagi.

Bermulalah kisah jarang dikongsi..

Percintaan yang agung jarang ditemui..
tetapi inilah yang diinginkan oleh setiap pasangan kekasih..
Ingin ku letakkan diriku di dalam situasi ini..anggaplah aku karekter utama dalam kisah ini..

Sebelum hati mula terbuka, mata ku menjeling-jeling pada si dia..
mungkin dia memahami diriku..mungkin juga tidak..jodoh pertemuan di tangan Tuhan..
tapi tak salah kalau kita juga berusaha..
itulah yang ku lakukan selama ini..
bermulanya perkenalan dari telefon bimbit dan akhirnya pertemuan antara muka..
mata ku memandang tepat pada matanya..wajahnya cuba ku amati..benar kata orang..dari mata turun ke hati..

selama perkenalan ku dengan si dia..banyak liku-liku kehidupan kami lalui..
dari saat gembira sampailah saat kecewa..
segalanya dikongsikan bersama..tak ada istilah menyembunyikan sesuatu di dalam perhubungan kami..

setelah setahun setengah berkenalan..bibit-bibit cinta mula berputik..masing-masing malu ingin memulakan bicara..
tetapi itulah lumrah manusia..
saat ku tiada..si dia mula mengatakan rindu pada ku..dari saat itu ku tahu bahawa benih cinta yang ku tanam selama ini dengan penuh kasih sayang mula tumbuh..
Ku memulakan bicara..tp dengan cara kurang romantik "Jum Couple"
ewah-ewah..tak romantik sungguh..tetapi si dia tetap menerimanya perlawaan ku..

selama lebih seminggu selepas memulakan alam percintaan..kami mula mengenali diri masing-masing. Setiap salah akan ditegur..apa yang dia tak suka..dia tegur..dan sebaliknya..

tetapi setelah hampir setahun kami bersama..awan yang dulunya cerah mula mendung..percintaan terlarang dihidu pihak ketiga..
macam-macam cemuhan ku terima..hampir satu-satu masa ingin sahaja ku gantung diriku supaya selesai semua masalah..tetapi si dia tetap berada di sisiku..setia memberi nasihat..tidak jemu-jemu memberi semangat pada diri ku..

Ya..ku seorang lelaki..tetapi tidak bermakna air mata tidak akan mengalir keluar dari kelopak mata ku..
setiap kali ku menerima panggilan..situasi yang sama akan berulang..
cemuhan dan larangan keras ku terima..tetapi ku cuba tabah menahan perhubungan yang telah terjalin lama..percintaan terlarang..percintaan yang tidak mendapat restu dari keluarga..

Dapat kah ku tempuh semua halangan ini..Dapat kah ku terima keputusan keluarga..
Itu cuma Tuhan sahaja yang tahu...Andai kata ku tewas dalam perjalanan ku mencari kebahagiaan..Aku tidak akan berdiri lagi..Biar perjalanan ku berhenti di situ..

Hati ku pula mungkin sudah tertutup untuk sesiapa pada masa itu..
Ku lagi rela membujang seumur hidup dari ku terus mempermainkan perasaan ku..
Akan ku cari kebahagiaan ku didalam dunia yang penuh palsu ini..
Perjalanan ku masih jauh dan penghujungnya mungkin tidak akan bahagia..
Ku sudah sedia terima semua akibat dari perbuatan ku...
Tuhan..Tabahkan Hatiku..

KISAH INI SAYA PETIK DARI SEBUAH KISAH BENAR DAN SAYA INGIN KONGSIKAN DENGAN ANDA ERTI CINTA SEBENAR INI..
ITU CERITA SEBENAR YANG SAYA DAPAT..BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA..SUDAHKAN ANDA MENEMUI CINTA YANG AGUNG??SANGGUPKAH ANDA LAKUKAN APA SAHAJA DAN SANGGUP TERIMA AKIBATNYA??
HANYA ANDA SAHAJA MAMPU MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT
Posted by Ajin at 1:00 AM 2 comments

Tuesday, June 15, 2010

Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Terbaik

JULIANA BONUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik
senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM
pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi
Warning Letter pulakk... ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK
DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok
BULEH TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE
driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu
kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet
shereing HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh...Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan
semua tak dapat...Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada
keadilan......Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ... ... ... ... tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya... ... ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG... ... ... ... ...

SEKIAN, TERIMA KASIH..
Posted by Ajin at 11:45 PM 1 comments

Sejarah Masyarakat Bisaya


Latar Belakang – Lagenda

Lagenda Popular mengenai asal usul bisaya seperti yang telah dinyatakan oleh Brewsher (1958), Sandin (1971) dan Hussain & Newman (1987) adalah seperti berikut;

Mengikut lagenda, sebuah keluarga migrasi telah menetap di utara pulau Borneo.Keluarga ini mempunyai 7 orang anak, 6 orang daripadanya adalah lelaki iaitu (Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Smaun atau Si Maun dan Alak Betata atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar) dan seorang daripadanya adalah perempuan (Siti Duyah or Duri or Bunga Sunting).Pertandingan lumba perahu digunakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Brunei.

Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu.Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammed, Sultan Brunei yang pertama.

Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja of Java’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya.Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Smaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.

Asal Usul Bisaya

Beberapa teori telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan penyelidik berhubung dengan asal perkataan Bisaya.

Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Sri Vijaya (Sonza, 1972).Bagaimanapun, pada tahun 1960, Eugene Vestralen ( A Professor of Linguistics, Universiti San Carlos, Cebu City) menegaskan bahawa asalan VIJAYA bukannya BISAYA tetapi BIDAYA atau BIRAYA.

Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya.

Derek Headly (1950) menyatakan lagenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.

Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

Asal Keturunan Bisaya

Sonza (1972) pernah bertanya “adakah masyarakat Bisaya yang menetap di Filipina berasal dari Borneo?” Persoalan ini dikaji beberapa tahun namun tiada jawapan yang tepat berhubung dengan persoalan ini.

Pada tahun 1970, dianggarkan terdapat lebih daripada 10 juta penduduk Bisaya yang menetap di Filipina berbanding dengan hanya 14 ribu penduduk Bisaya yang menetap di Sabah dan 3312 di Sarawak

(This article was contributed by Mr. Joseph Blandoi, an admin. officer of SALCRA, Kuching. E-mail : jbland01@tm.net.my. It was extracted and summarised from Dr. Shafiq’s article in Sarawak Museum Journal by Ms Joan Alicia Blandoi. – webmaster
Posted by Ajin at 5:21 AM 0 comments

Monday, June 14, 2010

Sedarkah anda kaum HAWA??



Sedarkah anda kaum hawa bahawa lelaki sangat sensatif??

Hanya kerana perbalahan yang kecil, lelaki mampu mengambil keputusan yang drastik..
Bukan kerana kemahuannya tetapi keadaan memaksa dan mereka sangat tertekan dengan keadaan.

Keadaan yang dimaksudkan berpunca dari kaum HAWA sendiri..di mana kaum hawa sangat-sangat tidak memahami kaum Adam..

Perasan atau tidak kaum Hawa kenapa lelaki di zaman sekarang sangat sedikit jumlahnya dari lelaki pada 50 mahupun 100 tahun yang lalu??

Lelaki pada zaman sekarang mendapat tekanan mental yang hebat dari kaum Hawa dimana kaum Hawa sangat-sangat memilih kehidupan. Kaum hawa hanya menginginkan kehidupan yang selesa dan senang, tapi sedarkah kaum Hawa akibat dari semua ini?? Lelaki di zaman sekarang bekerja 3 kali ganda lebih banyak masa dari 50-100 tahun yang lepas.

Kadang kala lelaki di zaman sekarang bekerja 2 pekerjaan dan tentulah masa rehat mereka tidak mencukupi. Oleh kerana masa rehat yang tidak mencukupi, maka kesihatan mereka pun akan turut terjejas. Tekanan yang dihadapi oleh kaum Adam sekarang sangat lah tinggi.

Kaum Adam mudah mendapat tekanan jiwa kerana semua tekanan yang dihadapi. Kadang kala ada di antara mereka terpaksa mengambil jalan singkat seperti menjual dadah hanya untuk mendapatkan wang lebih supaya teman hidupnya tidak meninggalkannya.

Jalan yang diambil amatlah berisiko dan jikalau tertangkap, maka jawapannya ke tali gantung lah ia. Kenapa semua ini harus dihadapi oleh kaum Adam?? Wajarkah kaum Hawa mengatur kaum Adam dan akhirnya sampai kaum Adam tersiksa?? Sanggupkah kaum Hawa melihat kaum Adam mati tergantung kerana mereka??


Kesiannya lelaki zaman sekarang, tidak seperti di zaman dahulu dimana kaum Hawa akan gembira walaupun cuma melihat wajah kesayangannya balik dari bendang. Kaum Hawa di zaman sekarang ni banyak berbeza dari zaman dahulu. Kaum Hawa cuma inginkan kemewahan dan bukannya kasih sayang yang diberikan. Kaum Adam pula tersiksa kerana ingin mengembirakan pasangan mereka. Untuk apa?? Hanya untuk melihat sedikit senyuman yang terukir di wajah orang yang tersayang.

Adakah ini yang dimaksudkan kehidupan yang sempurna?? Adakah ini kehidupan yang kaum Hawa inginkan?? Adakah dengan kemewahan sahaja baru kaum Hawa akan gembira?? Bukankah kasih sayang itu lebih besar nilainya daripada wang ringgit??



Sanggupkah kaum Hawa melihat si suami balik di dalam keadaan yang sangat keletihan??

Sanggupkah kaum Hawa melihat kaum Adam mati terdampar kerana keletihan??

Sanggupkah kaum Hawa melihat kaum Adam semakin berkurangan dari tahun ke tahun??

Dapatkah kaum Hawa hidup tanpa satupun Kaum Adam di muka bumi ini??

semua ini bergantung kepada kaum Hawa sendiri..Kasihani kaum Adam..
Sesungguhnya kaum Adam dicipta untuk melindungi dan membimbing kaum Hawa ke jalan yang benar..Kaum Adam bukannya sebuah mesin yang tiada perasaan dan tidak pandai jatuh sakit. Kaum Adam juga manusia dan juga pembimbing kaum Hawa

Berubahlah Kaum Hawa..Berubahlah Sebelum Terlambat..

Persoalan terakhir...

DAPATKAH KAUM HAWA MERUBAH DIRI MEREKA???
Posted by Ajin at 2:34 PM 0 comments

Sunday, June 13, 2010

Rahsia Wanita Pilihan Hati Lelaki


Untuk pengetahuan anda semua, di dalam pencarian wanita ni..lelaki memang cerewet sikit
Tapi bergantung untuk apa la..

Dalam soal ini ada 2 kategori wanita di dalam list lelaki sebenarnya:
1.Untuk dijadikan kawan.
2 Untuk dijadikan teman hidup.

Untuk kategori 1, lelaki selalunya tidaklah cerewet sangat kerana nak dijadikan teman enjoy jak..hehe

ciri-ciri pilihannya:
1-Senang diajak keluar
2-Dapat kongsi rahsia dan pandai simpan rahsia
3-Jenis open minded
4-Boleh bincang apa-apa topik jak.
5-Selalunya yang senang dihubungi.

senang kan..

Yang seterusnya untuk kategori 2. Ha..ni memang sah cerewet dan banyak ciri-ciri yang diperhatikan. Inilah rahsia lelaki yang paling utama di dalam pencarian teman hidup.

Ciri-ciri yang dilihat:
1-Penampilannya;ini yang paling utama bagi lelaki sekarang. Maksudnya, makeup yang
tidak terlampau. Pakaian yang tidak terlalu menonjol. Maksud menonjol tu adalah
bahagian-bahagian tertentu lah..Faham-faham saja lah. Kenapa? ...Well tempat-tempat
tertentu bukan untuk tontonan umum,tetapi hanya untuk orang tersayang jak..Tu lah
sebabnya. Jangan heran kalau yang jenis menjolok mata tu akan dijadikan spare part
jak. So untuk kaum yang bergelar hawa, better jangan terpedaya k.Lelaki bukan nak
isteri yang sangat-sangat seksi tetapi yang menjaga harga dirinya.

2-Cara percakapannya; maksud cara percakapan ini adalah. Seorang wanita yang sangat-
sangat diinginkan kaum lelaki untuk dijadikan teman hidup adalah seorang yang
bercakap penuh lembut, yang tidak meninggikan suara dan pandai mengucapkan kata-
kata sayang. Kata-kata sayang yang lahir dari hatinya dan bukannya untuk
memperdayakan lelaki. Lelaki tahu bila wanita tu betul-betul maknakan apa yang
keluar dari mulut mereka. Satu lagi kepentingan cara percakapan ini
adalah ianya sendiri akan menunjukkan personaliti wanita tersebut. Mak mertua
memang nak menantu yang lembut percakapannya dan hormat anak lelaki mereka :)

3-Perangainya; perangai yang dimaksudkan adalah jenis yang tidak banyak buat benda
yang tidak patut contohnya merokok, pergaulan yang bebas dan sangat-sangat berani
meningikan suaranya. Wanita yang perangainya elok seperti pandai mengambil hati
lelaki, tidak terlalu bebas pergaulan, tidak minum arak, menjadi penasihat yang
baik kepada lelaki adalah wanita yang sangat-sangat dihormati oleh lelaki dan
yang diinginkan untuk dijadikan seorang isteri yang sah.

4-Peribadinya; peribadi yang dimaksudkan adalah dari segi sikapnya yang tidak mudah
terpengaruh dengan orang lain dan mempunyai pendirian yang teguh. Setia kepada
pasangannya walaupun pasangannya mempunyai masalah besar. Maksudnya masalah
keluarga la dan bukannya mencuri atau merompak..tau bezanya kan. Hormat kepada
orang tua lelaki tersebut dan pandai mengambil hati bakal mertua. Suka baby,
maksudnya lelaki itu tahu yang wanita tersebut mempunyai ciri-ciri keibuan dan
sememangnya akan menjadi mama yang sangat baik untuk baby mereka nanti. =)

5-Agamanya; wanita yang kuat agamanya tidak akan membuat perkara-perkara
yang dilarang oleh agama. Ini bermakna wanita tersebut sangat-sangat kuat mentalnya
daripada terjebak dengan ajakan-ajakan duniawi. Wanita yang dimaksudkan adalah yang
paling diinginkan oleh lelaki kerana boleh menjadi penasihat mereka jikalau mereka
membuat kesalahan.

6-Cara layanan; lelaki suka wanita yang manja tetapi bukan tergedik-gedik ya. Tu yang
paling lelaki suka..Pasangan yang manja dan ini bermakna hubungan mereka pun akan
menjadi lebih romantik. =)


Itulah ciri-ciri utama yang diperhatikan oleh lelaki untuk mencari pasangan hidupnya dan ciri-ciri lain adalah bergantung dengan lelaki tersebut. Mungkin juga mereka melihat dari segi fizikal wanita tersebut seperti. anda sendiri pun tahu dan tak perlu saya nyatakan apa.. =).. Jadi untuk para wanita di luar sana yang kebetulan terbaca blog ni..ingat-ingat lah yang lelaki mencari pasangan hidup yang sempurna dimatanya dan adalah penting untuk para wanita menjaga diri dan mula berubah mulai sekarang. =)
Posted by Ajin at 10:01 AM 2 comments

Thursday, June 10, 2010

Fifa World Cup 2010



Ya....World Cup kembali lagi..Seperti biasa..Semua orang akan mempunyai Team yang mereka suka..tapi saya tidak..

Memang saya sokong England..tapi saya lagi suka melihat cara permainan sesebuah pasukan dan bukan menyokong pasukan sebab saya suka..You Know what i mean??haha..

Dari pendapat yang saya kumpulkan dari semua orang..Ramai yang menyangkakan yang Brazil,Argentina,England ataupun Spain bakal merangkul Kejuaraan tahun ini..

Tetapi bagi saya..semua itu cuma cakap kosong..kenapa saya berkata demikian??
1.Memang team yang dinyatakan di atas mempunyai Players kelas dunia..
seperti Brazil..mereka mempunyai para pemain yang bermain di serata liga di seluruh
dunia..Semestinya mereka dikenali sebagai "Samba" kerana corak permainan mereka
yang lebih banyak menggunakan skill ataupun individual talent..Kaka semestinya
pemain yang paling digeruni oleh setiap penjaga gol kerana bakatnya yang
tersendiri.
2.England pula lebih kepada permainan fizikal mereka kerana saiz mereka yang ternyata
lebih besar daripada pemain dari negara lain. England cuma mempunyai midfield dan
penyerang yang baik, tetapi bahagian pertahanan yang sungguh longgar dan penjaga
gol yang selalunya membuat kesilapan. England sendiri mengakui bahawa mereka
kekurangan pemain di dalam posisi penjaga gol di dalam negara mereka. Dari segi
kawalan mental pula, pasukan England dikuatiri lebih terjebak di dalam kad kuning
dan kad merah kerana kekuatan mental mereka yang lemah.
3.Argentina pula lain kisahnya. Pemain sudah berbakat tetapi jurulatih mereka tidak
berbakat dalam menyusun strategi permainan. Memang diakui bahawa mereka mempunyai
pemain yang berbakat seperti Messi dan Mascherano, tetapi oleh kerana saiz fizikal
mereka yang kecil, adalah sukar untuk mereka mengambil peluang dari sepakan sudut
ataupun "corner" ...Tambahan pula permainan ini memerlukan kerja sama sebelas
pemain dan bukannya hanya satu pemain sahaja.
4.Spain juga menjadi negara yang dikatakan bakal merangkul kejuaraan dunia kali ini.
Ikon Spain seperti Fernando Torres dan Villa adalah salah satu kunci utama jikalau
spain ingin merangkul kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Tetapi apa yang
dirisaukan adalah di dalam bahagian pertahanan dan penjaga gol. Spain kurang
menyerlah di dalam posisi tersebut. Mereka lebih mengutamakan permainan pantas dan
"attacking football".
Itu adalah pendapat saya dari sudut 4 pasukan yang dilabelkan bakal merangkul kejuaraan pada kali ini.

Oops..saya belum habis lagi..masih ada lagi pasukan yang saya ingin senaraikan walaupun nampak seperti mustahil.

Algeria-Pemain yang berbadan tinggi dan besar.
-kawalan bola yang sungguh bagus.
-kerjasama pasukan yang sangat bagus.
-bermain ala-ala brazil dengan samba mereka.
-Penjaga gol yang sangat tangkas.

Italy -Pemain yang mempunyai banyak pengalaman.
-Strategi lebih kepada teknikal.
-Suka membiarkan mereka diserang tetapi semua pemain akan bertahan.
-Cepat bertindak untuk counter attack dan selalunya berjaya.
-Penjaga gol yang dilabel terbaik di dunia.
-semangat pasukan yang sungguh kuat.
-Kekuatan mental yang luar biasa


Mexico -Semestinya pemain mereka pantas dan sangat-sangat berkualiti di bahagian
midfield dan penyerang.
-Defender yang tidak takut untuk merampas bola dari pihak lawan.

USA -Pasukan yang sukar diduga.
-Seperti bermain cuma untuk suka-suka dan jarang menampilkan strategi utama.
-mempunyai pemain berbakat di bahagian midfield.

Pasukan tersebut merupakan pasukan underdog ataupun pasukan yang sukar diramal tetapi mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia.
Jadi itulah pendapat saya dan jangan lupa saksikan pasukan-pasukan yang saya senaraikan di dalam underdog tersebut..Sesungguhnya pasukan itu memang sungguh berbakat walaupun tidak dikenali di mata dunia..

Sama-sama kita saksikan World Cup 2010..
adious.. =)
Posted by Ajin at 11:05 PM 4 comments
Labels: Football

Wednesday, June 9, 2010

Bahayanya Bermain Bunga Api

Kalau nak dikatakan bunga api ni..
memang best kalau main..
tapi budak-budak bawah umur perlukan pengawasan orang dewasa kalau ingin bermain bunga api..
maksud saya..bunga api yang kat udara tu la..kalau meletup..kita kata waaaaa..
memang la wa...jauh kan..seronok lihat..walaupun bunyi besar...
tapi cuba meletup depan kita..memang lari lintang pukang macam saya la..
ada pengalaman main bunga api ni..ngam pula bunga api tu tak berfungsi seperti yang seharusnya..
tak tau lah..mungkin dah expire kot..
mula-mula main tu..memang la macam semua orang..waaaaaa..tapi mula-mula jak..
then...wAaaaAAAAWaaA!!!@!!@13!$!..lari lintang pukang sebab bunga api menjadi tidak keruan..bukan ke udara..namun meletup depan saya..haha
Ni..nak share video bahaya bunga api ni..Bunga api tersebut telah menyebabkan saya membuat senaman malam..fuh..x pernah-pernah lari lintang pukang tak tentu arah..
haha
Peristiwa berlaku kat Brunei..
Tempat..Rumah nenek saya..
orang yang mengalami..saya..kakak..dan sesiapa yang di sekitar kawasan tu la..
Hari..Malam sebelum Raya Tahun lepas..
Orang yang pegang camera..Kakak saya..
Orang yang bersalah..ntah la..ahaha
Enjoy....
kalau korang X ketawa..memang perlu jumpa doktor esok ye..
Apa-apa pun..JANGAN TIRU AKSI TERSEBUT..
=P
Posted by Ajin at 10:58 AM 4 comments

Babulang Update

Menurut maklumat yang baru saya terima..
Pesta Babulang akan disiarkan di TV3 pada 22 jun ini..
Kata pengirim maklumat tersebut..pesta itu akan disiarkan di Majalah 3 pada 22 jun ini..
so sama-sama kita nantikan..maklumat akan diupdate dari masa ke semasa..
tq..
*v*
hehe..
jgn lupa always check out k..maklumat ini akan sentiasa diupdate..
Posted by Ajin at 4:40 AM 0 comments

Sunday, June 6, 2010

Sejarah Dan Pesta Babulang 2010

Sejarah Pesta Babulang bermula sejak zaman dahulu kala..mengikut maklumat yang saya dapat la..Babulang ni dulu dibuat oleh orang-orang kaya untuk membuktikan kekayaan mereka..
Contohnya dalam sebuah kampung tu ada 2 orang kaya..jadi jikalau orang kaya A tersebut membuat babulang pada tahun ni, dia akan menjemput semua orang termasuk orang kaya B..jikalau semasa pesta tu masih berlangsung tetapi makanan habis..Maka,orang tersebut tidak lah terbukti kekayaannya..Tetapi jikalau dia dapat menyediakan makanan sampai tamatnya pesta tersebut,maka terbuktilah kekayaannya..Jadi untuk tahun yang berikutnya pula..Orang kaya B akan membuat barang yang sama untuk bersaing dengan orang kaya A untuk membuktikan kekayaannya juga..Itu sejarahnya la mengikut maklumat yang saya dapat..

Pada hari ni pula..Pesta babulang dibuat sebagai pesta tahunan kaum Bisaya.
Pesta ini selalunya dibuat pada bulan Jun setiap tahun dan mendapat sambutan yang sungguh meriah dari penduduk Limbang terutamanya. Pesta ini bukan sahaja mampu mengumpulkan kaum Bisaya dari Limbang, malah Pesta ini mampu mengumpulkan kaum Bisaya dari seluruh Sarawak khususnya.
Pesta ini juga turut disertai oleh Kaum Dusun dari Brunei dan kaum Bisaya dari Sabah.

Pelancong yang datang juga bukan sahaja dari negeri-negeri jiran, malah dari seluruh Malaysia, juga dari negara jiran seperti Brunei dan pelancong dari benua Eropah.

Pesta ini ditampilkan dengan acara-acara yang sungguh menarik seperti Pertandingan Ratu Babulang, Pertandingan Ratu Kebaya Bedoro, Lumba Kerbau dan macam-macam lagi.

Yang pasti acara yang paling mendapat sambutan adalah Pertandingan Ratu Babulang dimana anak-anak gadis kaum Bisaya bersaing untuk merebut gelaran Ratu Babulang dengan menggayakan pekaian tradisional kaum Bisaya. Seterusnya acara yang juga mendapat sambutan hangat adalah Pertandingan Ratu Kebaya Bedoro dimana peserta yang bergelar ibu berebut takhta Ratu Kebaya Bedoro dengan menggayakan Baju Kebaya yang lengkap dengan perhiasan.

Pesta ini juga turut dimeriahkan oleh artis-artis tempatan dan juga artis yang dibawa khas oleh pihak astro untuk membuat persembahan.

Oleh itu, ingin saya sarankan untuk datang melihat Pesta ini pada tahun depan dan sama-sama kita merasakan kemeriahan pesta tersebut..

Pesta ini turut akan disiarkan di
TV3..Jadi nantikan kemunculan pesta ini di kaca TV anda dalam bulan Jun ini..
akan saya update tarikh yang sebenar di dalam masa yang terdekat.
:)

adious

Tahun Depan datang tau..
Sama-sama kita rasai kemeriahan Pesta Babulang..

*v*
Hari Pertama Pesta

Peserta Ratu Babulang Buat Pose terakhir sebelum Juri membuat keputusan



Peserta gementar menunggu keputusan dari juri
Saya pun sama tunggu sambil duduk sebelum sibuk mengambil gambar lagi..hehe


Para Pemenang Ratu Babulang tahun 2010


Ku pun mau bergambar dgn ratu jua..hehe

Hari kedua Pesta


Ratu Babulang Bergambar sebelum ketibaan tetamu kehormat



Perarakan kuntul berhias
Sama macam kereta berhias tetapi kali ni sampan yang dihiaskan sambil ditarik oleh kerbau. =)


Akhirnya perlumbaan Lumba Kerbau bermula..


VIP Bisaya memakai Pakaian tradisional Lelaki kaum Bisaya



Cik Nurul Syuhada dari TV3 pun nak jadi kaum Bisaya ni..he3



Persembahan Kebudayaan dari Persatuan Bisaya Cawangan..aa..saya x ingat la..dan yang pakai sarung kepala tu atau gambar kedua adalah Persembahan kebudayaan Kaum Dusun dari negara Brunei.



Penyanyi AF Candy dan Syawal membuat persembahan untuk para pengunjung..Dibawa khas oleh pihak astro..dan ada juga storm trooper dari filem star wars yang tersesat di sana..nanti saya tangkap dia..hahahah



Yes..dah dapat tangkap storm trooper dah..hehehe
Ada juga bergambar dengan artis AF Candy..Shhh..jgn bagitau orang k..
:-p



Peserta untuk Ratu Kebaya Bedoro mengambil gambar sebelum pertandingan bermula



Pose terakhir para peserta Ratu Kebaya Bedoro sebelum keputusan terakhir dibuat oleh juri


Para tetamu mengambil gambar kenangan bersama Ratu Kebaya Bedoro 2010

JOM KITA SAKSIKAN POSE-POSE MENARIK PEMENANG RATU KEBAYA BEDORO PADA TAHUN 2010







Hari Terakhir
Oops..x da gambar la sebab saya x pergi masa hari terakhir tersebut..sorry
Tapi untuk makluman pembaca blog ni..Hari terakhir cuma menampilkan aktiviti Perlumbaan Bot Laju kawalan jauh..hehe..

Jadi tahun depan..Jom Datang Ke PESTA BABULANG k..Sama-sama kita meriahkan pesta tersebut..
=)
Posted by Ajin at 6:46 AM 14 comments
Labels: Sejarah dan Pesta Babulang 2010

Blog Award




(a) Buat entri berterima kasih atas award yang diberikan.
Thanks kat Shyue sbab bg award
haha
*U*

(b) Berikan kepada 10 / 20 / 30 orang rakan blog korang.
Shyue
Lee Syimasushi
Mary
Selucia
MrBlackDeru


(c) Beritahu kepada rakan - rakan korang bahawa mereka memenangi Award tersebut.
Kalau mereka follow..memang mereka dah tau


(d) Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri.
-Suka nyanyi walaupun sumbang
-Emo kadang2
-X suka orang control hidup ku
-Suka bersukan
-Minat sukan permotoran
-Sokong pasukan england tapi kadang-kadang pandai belot..sokong pasukan lain
pula..haha
-Loving person..hahaha
Posted by Ajin at 6:12 AM 0 comments

Thursday, June 3, 2010

Kepada Pemandu Kenderaan..


Untuk pengetahuan pembaca sekalian..atau lebih khusus lagi kepada pemandu kenderaan..

Terdapat lebih banyak Kereta Dan Lori di atas jalan raya berbanding dengan motosikal..
oleh itu adalah diingatkan kepada pemandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati sebelum anda meragut nyawa penunggang motosikal yang tidak berdosa atau pun bersalah terhadap anda.

Disini juga saya ingin memberikan tips supaya anda tidak membunuh penunggang motosikal secara sengaja ataupun tidak sengaja..


1. Jangan keluar dari persimpangan jikalau anda tidak pasti kelajuan penunggang motosikal
tersebut.Banyak kali saya melihat pemandu kenderaan berbuat demikian.Tanpa menghiraukan
keselamatan penunggang tersebut, dengan senang lenang sahaja keluar dari persimpangan jalan..
Kalau tak kena tak apa..Ni dah pun kena..meragut nyawa pula tu..

2. Jangan ingat kereta boleh membuli motosikal.Memang la kereta lagi besar dan berat dari
motosikal..tapi kalau nyawa orang melayang??siapa nak jawab dengan sarjan misai??
Selalu alasan yang diberi.."penunggang tu laju sangat" Ya ka??
kadang-kadang ada alasan yang tak logik.. "Ntah dari mana datang motosikal tu"
WOI!! Buka la mata oi..

3. Jangan nak belagak dengan kereta anda..a..yg ni best sikit..kadang-kadang..bukan kadang-
kadang la..memang selalu kalau dah bawa kereta tu..pasang radio besar-besar..TULI KA??
PEKAK KA??
saya pun x tau..Dah pasang radio tu besar-besar..PLEASE la..pakai la side
mirror
tu sebelum nak memotong kenderaan lain..ni selalunya..ikut suka hati dia je nak potong ek..
orang yang tengah memotong dia tadi tak pula dia sedar sampai ada la kes motosikal masuk
longkang..ish2..Kalau sedar x apa..ni..BERHENTI PUN X!!!

4. Jangan ingat motosikal semua murah..Nanti cun-cun langgar motosikal yang mahal..ha..DAPAT
BAYAR BALIK???
...silap-silap merayu minta dikurangkan bayaran ganti rugi..
Contoh la kena motosikal HONDA GOLDWING..Dapat bayar balik?? jawapannya memang melutut la
korang minta dikurangkan..maklum la harga motosikal tu sendiri dah lebih dari harga kereta
korang.. RM 100 000 la..DAPAT BAYAR KA?? Kalau X dapat..Jangan memandu macam
orang gila..

5. Ingat-ingat lah kalau anda terlanggar penunggang motosikal tu dan lagi dasyat lagi..dia
meninggal on the spot.. NAK TIDUR DALAM PENJARA?? kalau nak..jangan baca
ni..hahaha..kalau x
nak..hati-hati la ketika memandu.. Ingat lah pengguna jalan raya yang lain "IKLAN JPJ
MALAYSIA"
ya la..kalau dah masuk penjara..anak bini macam mana??siapa jaga?? kalau dah
berkeluarga la..kalau belum.. Girlfriend macam mana??siapa jaga?? comform orang lain take
over..haha..Nasib Korang la..dah pun girlfriend diambil orang..meringkuk dalam penjara pula
tu..Rekod dah buruk dah..Kalau nak kawen, ibu bapa mertua x setuju sebab dah ada cap BEKAS
BANDUAN
kat dahi korang..

SO KESIMPULANNYA..KALAU X PANDAI NAK PATUHI PERATURAN JALAN RAYA..JANGAN DRIVE..PAKAI TEKSI JAK..KAN..KAN..

NAH ..NAK BAGI KORANG TENGOK GAMBAR AKIBAT KECUAIAN PEMANDU KERETA..





Posted by Ajin at 3:47 PM 5 comments

Sate Jelajah Borneo


Fuh..nak cerita pasal sate ni..
memang best..

Kebetulan pula kat Limbang ni ada satu tempat sate yang sedap..

kalau nak cuba..boleh la cuba..

Tak jauh..

bawah gereja methodist tu je..

untuk lebih tepat lagi.. di depan TAMAN BUKIT MAS




Rasa memang mantap..

Dagingnya banyak...

Kalau nak diceritakan tentang flavornya fuh..

tak boleh celen..

habis semua penjual sate di limbang ni dia sapu..



Selalu kita tengok orang jual sate..tp dagingnya sikit kan..

yang ni memang penuh..banyak..

murah pula tu..

RM 5 dah dapat 12 cucuk ..

berbaloi kan..


So kalau you orang nak cuba satay ni..

amatlah dialu-alukan untuk dapatkan sate tersebut di area

Kubong Dekat dengan Gereja Methodist Limbang..
INGAT YE.. SATAY JELAJAH BORNEO ....

SO APA TUNGGU LAGI..DAPATKAN SATE ANDA..
CEPAT-CEPAT TAU..SATE TU MEMANG LAKU DAN CEPAT HABIS..SO KALAU TAK DAPAT MASA ANDA PERGI UNTUK KALI PERTAMA..JANGAN PUTUS ASA..BOLEH BOOKING..
YANG PENTING..PERLU RASA SATE TU BARU ANDA AKAN FAHAM APA YANG SAYA MAKSUDKAN..


NAK BOOKING SATE NI
BOLEH LA CALL KAT NOMBOR PHONE NI:
0138058545

aDIous...



CUBA TAU..RUGI KALAU TAK CUBA..

=)
Posted by Ajin at 2:07 AM 3 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Design by FreyjaSilver

Digi-Scrap byGrunge and Glitter