Yes...utk hari ni..kita akan membincangkan tentang hobi yg semakin mendapat sambutan iaitu:
Fotografi..sini sy akan meringkaskan dengan seringkas2nya tentang camera tersebut...
Apa DSLR?
-well..ianya sebuah camera..bukan washing machine...
-singkatan untuk digital single lens reflex..
-selalunya digunakan untuk mengambil gambar2 yang boleh dijadikan seni..
-boleh juga digunakan untuk menggambar seperti camera compact..jgn kata camera ni hanya digunakan untuk menggambil gambar2 luar biasa sahaja ya..hehe..
Bagaimana mengendalikan DSLR?
-well..seperti camera compact...anda boleh menggunakannya fully auto juga..dan ada macam2 pilihan mode =D
-jikalau anda hendak menjadi lebih kreatif..dicadangkan bahawa anda menggunakan mode manual yang selalunya digunakan oleh kebanyakan photographer yang anda kenal..
-saya ringkaskan apa yg anda perlu tahu jikalau menggunakan mode manual ok..
1.ISO
2.Shutter Speed
3.Aperture
-ok..dari segi teknikalnya..ISO digunakan untuk mencerahkan lagi gambar anda orait..contohnya anda berada di tempat gelap atau dalam rumah..digalakkan menggunakan iso tinggi untuk menerangkan gambar jikalau anda tidak menggunakan flash
-Shutter Speed pula digunakan untuk memegunkan gambar atau pausekan gambar..jikalau anda ingin menggambar orang yg tengah berlari..diggalakkan menggunakan shutter speed yg cepat ..contohnya 1/4000..ianya bermaksud 1/4000 saat..laju tu..jikalau ingin mengambar air terjun contohnya...sudah semestinya gambar kelihatan kurang menarik jikalau air itu pegun..jadi nasihatnya adalah..gunalah shutter speed yg lambat yang cukup untuk memberi kesan pergerakan air tersebut..contohnya 1/13 atau 2" bermaksud 2 saat. Kalau masih belum faham..ni contoh saya bagi ye..gambar bukan milik saya..hanya saya gunakan untuk memberikan contoh kepada anda.. =D
GAmbar pertama adalah Hasil dari Shutter Speed Tinggi manakala gambar kedua Hasil dari Shutter Speed Lambat @ rendah.
-Menarik kan dengan hanya bermain dengan shutterspeed..kita boleh menghidupkan gambar =D
-Seterusnya adalah Aperture , ianya juga boleh dikatakan sebagai titik fokus ataupun sebanyak mana kita hendak focus.. semakin kecil nombornya...semakin sikit la kita boleh focus..tetapi akan manghasilkan imej yang juga sangat menarik..contohnya F1.8..ini tidak bermakna imej menggunakan aperture besar akan tidak menarik..Perhatikan contoh di atas orait..
Gambar pertama menggunakan F rendah manakala gambar kedua menggunakan F tinggi ...menarik kan..Juga selalunya disebut sebagai kawalan Depth of Field yang kita ingin tonjolkan..
-Jadi..dengan menggabungkan ISO, Shutter Speed dah Aperture yang betul..Sudah semestinya anda akan mendapat imej yang sangat2 menarik..
ok..kita beralih dari sudut teknikal...
Apa peralatan yang penting jikalau untuk DSLR?
-Gear yg simple contohnya Tripod, Remote shutter, filter dan Lens
-Simple kan...
-Tripod tidak semestinya perlu digunakan kecuali anda ingin bermain dengan shutterspeed yang rendah.
-Jikalau berkemampuan untuk membeli lens yang mahal..apa salahnya beli.. =D
Jenis DSLR yang saya ingin?
-Jikalau anda hanya menggunakannya sebagai hobi anda..beli lah camera entry level..x payah beli yg complicated sehingga anda sendiri pun x tau gunakannya..
-Jikalau anda mementingkan fungsi yang lebih dari entry level camera..tetapi hanya menggunakan juga sebagai hobi..Beli camera yang semi pro..
-Jikalau anda menggunakannya sebagai pekerjaan anda atau anda mahir mengendalikan camera dan mempunyai duit yang banyak..Belilah Pro level DSLR ok..
# jikalau nak tau apa entry level DSLR, Semi pro,dan Pro level DSLR..apa susah..tanya Mr. Google orait =D
TEPUK DADA, TANYA SELERA..hehehe
Akhir kata...Terima kasih kerana membaca dan saya nak menjamukan mata anda dr hasil lensa saya yang x berapa cantik..hehe..adious dan jumpa lagi =D